Followers

Thursday, May 24, 2012

Kek Coklat Moist Resepi.



Salam Jumaat kengkawan,, terasa penat sangat bulan May ni dengan tempahan kek yg semakin meningkat,,opps,,,bukan penat x best yer,, tapi penat yg memuaskan hati dan sangattttt berbaloiiii berbanding dgn kerja hakiki kat opis., .Terasa sangat bersyukur (Alhamdulillah ) atas rezeki Yg Allah swt berikan,,

Sempena hari jumaat yg mulia ini,,, kami nak kongsi satu resepi yg selalu kami guna utk membuat kek coklat moist dan utk memenuhi permintaan kawan2 yg nak resepi ni,,, Sebelum ni pun resepi ni ,,kami search jugak kat internet just ubah2 apa yg patut utk menyedap kan lagi kek coklat moist N.. Nak tau kek coklat moist adalah kek yg paling senang nak buat,, bhn2 dia pun simple dan mudah nak dapat kat kedai2. so x jadi masalah kpd anda2 suma nak buat kek ni,, Ok la ini dia resepi nya


Kek Coklat Moist


Bhn A
-1/2 cawan serbuk koko

-1 cawan tepun gandum

-1/2 sudu kecil baking powder

-1/2 sudu kecil soda bikarbonet

( satukan dan gaul sebati )


Bhn B


- 2 biji telor

- 1 cawan gula

-1/2 cawan minyak masak

-1/2 cawan susu pekat

-3/4 cawan air panas

- 1 sudu vanila


cara membuat

- utk bhn b, putar telor ,gula & vanila sehingga kembang,

-masukan minyak , susu pekat dan putar sebati

-masukan bahan a, putar sebati jugak,, dan last sekali baru la di masukan air panas just di kaup balik kan dengan senduk shaja,

-bole la bakar pada suhu 180 c sehingga masak,,


Bagi menyedap kan lagi kek ni,, bole la taruk coklat ganache kat atas kek .. comfirmmmm sedap...ini pulak resepi coklat ganache


Coklat ganache

-200 gm coklat masak

- 50 ml susu cair, klu nak guna whip cream pun bole,, kami guna susu cair je sbb lgi sedap kot,,


cara,,

- secara double boil,, masuk kesemua bhn dlm bekas tahan panas,, dan gaul sempai sebati,

-pas tu bole la curah kat atas kek yer,,


Tips

1.utk lagi sedap anda boleh gantikan minyak masak kpd minyak jagung atau mentega yg di cairkan,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...