Followers

Wednesday, August 21, 2013

KELAS MEMBUAT KEK LAPIS SARAWAK ( PROMOSI BULAN 9 & 10 )

Assalammualaikum,,,masih beraya lagi ke, ? tahun ni kejap je cuti raya balik kampung di Sarawak,, cuti dah banyak di habiskan untuk membuat tempahan kek lapis Sarawak,, Syukur di atas rezeki yang Allah swt berikan,, sampai tak menang tangan,, nasib baik ada isteri & emak turut sama membantu.
Alhamdulillah semua tempahan dapat di siapkan mengikut masa yang di tetapkan, selepas pagi petang siang malam depan oven saja..:). di pendek kan cerita.. adha nak berkongsi ilmu dengan mereka2 yang berminat untuk belajar membuat kek lapis sarawak. yang paling penting anda sendiri yang buat dari A sampai la Z. bahan- bahan semua di sediakan ,cuma anda perlu bawak loyang 8x8 inchi empat segi.
         Semasa di dalam kelas nanti, adha akan ajar,
 bagaimana menghasilkan kek lapis
- sedap
- lembab
- wangi
- lapisan yang cantik
- teksture yang lembut.
- cara membakar dan melapis
- dan tips2 yang berguna.
- jangan lupa bawak loyang empat segi saiz 8x8 inchi, boleh di beli kat kedai kek

         Kelas hanya di adakan pada hari sabtu, pukul 10 pagi. sila sms/call di 012-2948197 utk pertanyaan , pilih tarikh dan bankin deposit Rm 100 utk booking kelas.

-Minimum 1 orang dan maksimum 2 org dlm satu kelas.
-Kelas terbuka kepada lelaki dan wanita.

YURAN BELAJAR MEMBUAT KEK LAPIS SARAWAK

KEK LAPIS MASAM MANIS RM 180 ( promosi bulan 9& 10 RM 160 ).


KEK MARBLE CHEESE RM 250 ( promosi bulan 9 & 10 RM 200 )


KEK LAPIS CHEESE OREO RM 180 ( promosi bulan 9& 10 RM 160 )





KEK LAPIS COKLAT STRAWBERRY RM 180 ( promosi bulan 9 & 10 RM 160 )




KEK LAPIS IDOLA RM 190 ( promosi bulan 9 & 10 rm 170 )



KEK LAPIS EVERGREEN RM 180 ( promosi bulan 9 & 10 RM 160


Thursday, June 6, 2013

Masa untuk Jualan kek Lapis Sarawak

                     Jualan Kek Lapis Sarawak utk raya  2013 kembali,, sesapa yang berminat utk menjadi agen atau ingin membeli sendiri boleh hubungi adhar  012-2948197 , kerana kami menawarkan komisen yang lumayan,.. untuk kek lapis yang sedap

 ciri-ciri kek lapis yang kami buat
-Home made punya tau
-Insyaallah kek kami halal( tiada isu mentega golden churn yer, kami guna mentega buatan malaysia yang di cop halal oleh jakim)
-kek di buat oleh org sarawak sendiri ( tuan punya blog ni sendiri, adhar & bisnes partner wandy )
-kek yang sedap, lembab, wangi, dan banyak pilihan,, just ikut citarasa anda utk membeli,

Komisen Utk Agen
-
- Rm 5 utk kek saiz kecik
-Rm 10 utk kek saiz besar
- agen akan dpt kek percuma utk jualan melebihi 20 biji
-diskaun pembelian kek utk sendiri
-agen yang memperoleh jualan melebihi RM 3000 AKAN DPT KOMISEN EXTRA & KEK EXTRA..
LUMAYAN KAN,, KITA TAK BERKIRA,, ASAL KAN AGEN TU KENA LA JUJUR DAN IKHLAS NAK TAMBAH PENDAPATAN
-utk jadi agen kena byr rm 30 tau utk kos sample kek dan katalog kek

     Untuk pengetahuan semua, termasuk tahun ni, kami dah beroperasi selama 4 tahun, dan Alhamdulillah, kami mendapat maklumbalas yang tersangat lah baik dari pelanggan dari putrajaya, shah alam,kuala lumpur, perlis, pulau pinang, bahkan mereka yang tinggal kat sarawak pun beli kat kita,,( ini bukan nak bangga  just utk perkongsian,) tpaksa la bawak kek lapis sarawak dri semnjung utk balik sarawak,. Pada pandangan sy sebagai org Sarawak,, kek lapis ni, sebenar nya ikut cita rasa kita sendiri,, klu kta nak tau ianya sedap ke tak,, kek lapis kan banyak jenis,, banyak rasa, bnyak color,, klu ikut lidah sy,, sy suka yang ada cheese, coklat, dan ada rasa horlick,,

     Setakat ini sja dahulu,, sapa2 yg berminat tu bole La call







Monday, April 15, 2013

Wedding cake



oder dari Esmee,  utk wedding adik ipar.. sblom ni dia pernah oder kek hantaran.. tq esmee

Sunday, April 14, 2013

Hantaran Rainbow


ini pun rainbow cake utk hantaran bertunang...

Simple rainbow


Rainbow cake tempahn pn roslina Putrajaya,, Nak tau kenapa ramai org tempah Rainbow Cake nI? kena la tempah sendiri,, pasti tau sebab nya,,,:)

Rainbowww

rainbow cake,, just for Makannn

CreamPuff Coklat


Selain cream puff filling Vanila custard, kami juga menjual creampuff filling coklat,, rasa tersangat la padan n sedapppp

Bufday dgn Rv


tempahan dari roslina,, kelana Jaya

Blue Apam

Apam Polkadot.. pun tempahan dari azfa

Simple cupcake


oder Azfa,,, utk bufday party

Car edible


oder dari Rosli utk bufday anak dia,,,kek rainbow

Kek Kawen ke Kelantan


oder dari eranie ( cimb Bank ). jauh bawak kek ni berjalan dari putrajaya ke kelantan.. nampak nya, resepi terbaru kek ni mendapat pujian melambung dari pengantin,, design atas permintaan eranie,spt design yg sebelum ni,,

Monday, April 8, 2013

Resepi Kek terbaru. Kek LaPis Azura


Hari ni , nak kongsi satu resepi terbaru dari HFB.,kek Lapis Azura.. oleh kerana ramai sngat yang nak try buat, terutama kawan2 yang kat Sarawak.. so kmk bermurah hati la ari tok,, Salin2 ar, mun nyaman komen2 la,

KEK LAPIS AZURA
BHN A
-400 gm mentega
-1/2 tin susu pekat manis
BHN B
-10 biji telor
-200 gm gula halus
-120 tpg hongkong, superfine pun ok,( jgn lupa ayak )
-100 roti marrie di kisar halus( bole guna tpg badam, lgi sedap )
-1 paket santan
-60 gm horlick
- 1sudu besar vanila
-1sudu besar ovellate
BHN C
500 gm cream cheese
2 biji telor
150 gm gula icing
BHN D
-kitkat dlm 6 bungkus
-oreo dalm sebungkus setengah
-coklat cadbury

cara
- pukul bhn A hingga ringan dan putih.
- pukul bhn B ,telor, gula,,ovellate & vanila sampai kembang, lepas tu , masukan semua bahan kering .
-gabungkan bahn A & B
-pukul bhn c hingga sebati
-cara melapis, 5 sudu utk adunan tpg, dan 4 sudu utk adunan cream cheese. mulakan melapis dgn adunan tpg, sbnyk 2 lapis, lapisan ke 3 baru letak cream cheese.
- bole tengok gambar utk cara susun kitkat,oreo dan cadbury

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, April 2, 2013

Selamat hari jadi

Rainbow cake , oder aina Putrajaya

Snow Cheese Cake

 Salam Selasa,, Hari ni nak kongsi satu resepi kek yang simple,, bahan2 pun senang dapat, bagi mereka yang malas nak bermain dengan tepung tu,, oder je kat kita ni yang rajin,, kek pun sedap, harga rm 65 sahaja ,:)

Bahan-Bahan-loyang 8x8 inci
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gm gula halus
  • 100 gm tepung hong kong (blue key superfine,selfraising pun bole)
  • 60 gm tepung jagung (maizena)
  • 50 ml air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh ovelet
  • 75 gm mentega (dicairkan) guna minyak jagung pun bole
UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.( klu x nak manis, letak setengah cawan je,@ ikut cita rasa )
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.( klu buat 3 layer,, sedap gi )
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
     gambar dari internet

Tuesday, March 26, 2013

Kek Lapis Azura



Ini lah dia Kek Lapis terbaru dari kami,, KeK Lapis Azura, kek ni gabungan dari cheese,cadbury,kit kat & oreo,, sure sedap bagi mereka yg minat gabungan bahan2 tersebut. sy mendapat ilham membuat kek lapis ni, dari isteri sy sendiri,, sbb tu bagi nama kek lapis Azura,:) Harga Pengenalan Rm 95,, harga asal rm 100,,

Majlis bertunang Badrul


Coklat Indulgen yg di tempah oleh Badrul, offismate,

Baby cute


100 pcs, baby cupcake tempahan cik Bell utk doorgift  kenduri cukur jambul,.

Cupcake Hantaran


Cupcake hantaran yg di tempah oleh Afiz , design yg sama spt sbelom ni , atas permintaan afiz sendiri,,

oRange nyaaa


Rainbow Cake,, yg di tempah oleh Mieza( stm BPP )

my Baby u....



Sample baby theme cupcake utk regular customer,, cik Bell

Apam- apam


Koleksi Apam polkadot gemu kami,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...