Followers

Thursday, June 14, 2012

Resepi Apam Polkadot

Resepi Apam Polkadot ( dri blog my resepi )
- resepi apam polkadot ni atas permintaan sahabat2 kat blog ni,, so kami try la cari resepi yang senang,mudah cepat dan sedap utk di kongsi bersama..selain daripada membuat corak polkadot,,anda semua boleh gak buat corak angry bird, lady bird & mengikut kreativiti masing2,


( gambar dari internet )

bhn

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

cara2
1..masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2..bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3..masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4..picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5..letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6..picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7..last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

tips/- utk mendapat permukaan apam yang licin dan tidak berlubang jgn lupa bungkuskan penutup pengukus dengan kain utk mengelakkan wap jatuh ke permukaan apam yer..,,

Selamat Mencuba.. nanti ada masa kami try jugak k..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...