Followers

Monday, April 15, 2013

Wedding cake



oder dari Esmee,  utk wedding adik ipar.. sblom ni dia pernah oder kek hantaran.. tq esmee

Sunday, April 14, 2013

Hantaran Rainbow


ini pun rainbow cake utk hantaran bertunang...

Simple rainbow


Rainbow cake tempahn pn roslina Putrajaya,, Nak tau kenapa ramai org tempah Rainbow Cake nI? kena la tempah sendiri,, pasti tau sebab nya,,,:)

Rainbowww

rainbow cake,, just for Makannn

CreamPuff Coklat


Selain cream puff filling Vanila custard, kami juga menjual creampuff filling coklat,, rasa tersangat la padan n sedapppp

Bufday dgn Rv


tempahan dari roslina,, kelana Jaya

Blue Apam

Apam Polkadot.. pun tempahan dari azfa

Simple cupcake


oder Azfa,,, utk bufday party

Car edible


oder dari Rosli utk bufday anak dia,,,kek rainbow

Kek Kawen ke Kelantan


oder dari eranie ( cimb Bank ). jauh bawak kek ni berjalan dari putrajaya ke kelantan.. nampak nya, resepi terbaru kek ni mendapat pujian melambung dari pengantin,, design atas permintaan eranie,spt design yg sebelum ni,,

Monday, April 8, 2013

Resepi Kek terbaru. Kek LaPis Azura


Hari ni , nak kongsi satu resepi terbaru dari HFB.,kek Lapis Azura.. oleh kerana ramai sngat yang nak try buat, terutama kawan2 yang kat Sarawak.. so kmk bermurah hati la ari tok,, Salin2 ar, mun nyaman komen2 la,

KEK LAPIS AZURA
BHN A
-400 gm mentega
-1/2 tin susu pekat manis
BHN B
-10 biji telor
-200 gm gula halus
-120 tpg hongkong, superfine pun ok,( jgn lupa ayak )
-100 roti marrie di kisar halus( bole guna tpg badam, lgi sedap )
-1 paket santan
-60 gm horlick
- 1sudu besar vanila
-1sudu besar ovellate
BHN C
500 gm cream cheese
2 biji telor
150 gm gula icing
BHN D
-kitkat dlm 6 bungkus
-oreo dalm sebungkus setengah
-coklat cadbury

cara
- pukul bhn A hingga ringan dan putih.
- pukul bhn B ,telor, gula,,ovellate & vanila sampai kembang, lepas tu , masukan semua bahan kering .
-gabungkan bahn A & B
-pukul bhn c hingga sebati
-cara melapis, 5 sudu utk adunan tpg, dan 4 sudu utk adunan cream cheese. mulakan melapis dgn adunan tpg, sbnyk 2 lapis, lapisan ke 3 baru letak cream cheese.
- bole tengok gambar utk cara susun kitkat,oreo dan cadbury

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, April 2, 2013

Selamat hari jadi

Rainbow cake , oder aina Putrajaya

Snow Cheese Cake

 Salam Selasa,, Hari ni nak kongsi satu resepi kek yang simple,, bahan2 pun senang dapat, bagi mereka yang malas nak bermain dengan tepung tu,, oder je kat kita ni yang rajin,, kek pun sedap, harga rm 65 sahaja ,:)

Bahan-Bahan-loyang 8x8 inci
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gm gula halus
  • 100 gm tepung hong kong (blue key superfine,selfraising pun bole)
  • 60 gm tepung jagung (maizena)
  • 50 ml air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh ovelet
  • 75 gm mentega (dicairkan) guna minyak jagung pun bole
UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.( klu x nak manis, letak setengah cawan je,@ ikut cita rasa )
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.( klu buat 3 layer,, sedap gi )
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
     gambar dari internet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...