Followers

Tuesday, April 2, 2013

Selamat hari jadi

Rainbow cake , oder aina Putrajaya

Snow Cheese Cake

 Salam Selasa,, Hari ni nak kongsi satu resepi kek yang simple,, bahan2 pun senang dapat, bagi mereka yang malas nak bermain dengan tepung tu,, oder je kat kita ni yang rajin,, kek pun sedap, harga rm 65 sahaja ,:)

Bahan-Bahan-loyang 8x8 inci
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gm gula halus
  • 100 gm tepung hong kong (blue key superfine,selfraising pun bole)
  • 60 gm tepung jagung (maizena)
  • 50 ml air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh ovelet
  • 75 gm mentega (dicairkan) guna minyak jagung pun bole
UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.( klu x nak manis, letak setengah cawan je,@ ikut cita rasa )
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.( klu buat 3 layer,, sedap gi )
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
     gambar dari internet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...