Followers

Tuesday, February 19, 2013

Batman Birthday



3rd oder dari MiLA, Rainbow cake & batman design

Thursday, February 14, 2013

Blueberry Cheese Tart



New Produk dari Home Fresh Bakery.. CHEESE TART,. RM 24 UTK 25 PCS,  rasai keranggupan crust/shell home made dari kami,,dgn limpahan cream cheese yg bnyak dan sedap,,:)

Birthday Shamil


3rd oder dari Kak Sue ,,:) Chocholate indulgen cake utk birthday anak bongsu dia,

Pavlova


New pavlova  Rm 45 saiz 8 inchi

Thursday, December 27, 2012

Wedding Day

              Salam Jumaat,,sudah 3 Minggu menyepi dari dunia KEK.. Alhamdulillah,, tanggal 8/12/12 sah la,, adha bergelar suami,,banyak peristiwa2 yg tak dapat di lupakn, dan akan sentiasa terpahat di dalam hati.:).Dalam masa tempoh bercuti  tu ,, ramai jugak yang nak tempah kek,, tapi malang nya,, kami x dpt nak memenuhi permintaan tersebut,, selain dari sibuk,, kami berada di  Sarawak,, nak menyiap kan kek kawen si Adha ni, dengan peralatan yang serba kekurangan,, begini la hasil nya,, boleh tahan,, ramai yang memuji,,simple elegen gitu,,

Sunday, November 18, 2012

DURIAN CREPE sudah di jual



Dengan segala hormat nya,, kami di Home fresh Bakery,, sudah buka oder utk Durian Crepe,, Harga Rm 10  shj,, utk 6 psc. kami hanya ambil oder sampai 23/11/12 shj, bergantung kpd keadaan, so cepat2 la yer,, bole dtg pickup dekat rumah ,seperti alamat kat blog ni,, atau bole pickup di presint 2 utk waktu bekerja, isnin sampai jumaat..

Saturday, November 10, 2012

RESEPI DURIAN CREPE

Selamat Berhujung Minggu ,, Minggu ni nak tunai kan hajat kawan2 jauh yg tak dpt nak oder durian crepe,, so mari kita kongsi resepi..

adunan utk crepe
250 gm tpg gandum
3 biji telor
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu gula
1 sudu vanila( nak letak ok, x letak pun ok )

cara membuat
-satukan semua bahan di atas,, dan blender kan. lepas tu jgn lupa tapis ,
-utk meng crepe. sedia kan kuali leper, oles kan sedikit minyak pas tu letak satu senduk kecik, buat seperti kuih ketayap. bole la buat sampai habis.

ukt isi
-1 cwn non dairy whiping cream
-isi durian secukupnya

cara membuat
-putar non dairy whiping cream sehingga kental
- asingkn durian dari biji nya
- ambil crepe, pas tu letak cream dan isi duria,, dan lipat ikut kreativiti anda,,
 SENANG KAN,, SELAMAT MENCUBA,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...