Followers

Tuesday, April 2, 2013

Snow Cheese Cake

 Salam Selasa,, Hari ni nak kongsi satu resepi kek yang simple,, bahan2 pun senang dapat, bagi mereka yang malas nak bermain dengan tepung tu,, oder je kat kita ni yang rajin,, kek pun sedap, harga rm 65 sahaja ,:)

Bahan-Bahan-loyang 8x8 inci
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gm gula halus
  • 100 gm tepung hong kong (blue key superfine,selfraising pun bole)
  • 60 gm tepung jagung (maizena)
  • 50 ml air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh ovelet
  • 75 gm mentega (dicairkan) guna minyak jagung pun bole
UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
  • 1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.( klu x nak manis, letak setengah cawan je,@ ikut cita rasa )
UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.( klu buat 3 layer,, sedap gi )
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
     gambar dari internet

Tuesday, March 26, 2013

Kek Lapis Azura



Ini lah dia Kek Lapis terbaru dari kami,, KeK Lapis Azura, kek ni gabungan dari cheese,cadbury,kit kat & oreo,, sure sedap bagi mereka yg minat gabungan bahan2 tersebut. sy mendapat ilham membuat kek lapis ni, dari isteri sy sendiri,, sbb tu bagi nama kek lapis Azura,:) Harga Pengenalan Rm 95,, harga asal rm 100,,

Majlis bertunang Badrul


Coklat Indulgen yg di tempah oleh Badrul, offismate,

Baby cute


100 pcs, baby cupcake tempahan cik Bell utk doorgift  kenduri cukur jambul,.

Cupcake Hantaran


Cupcake hantaran yg di tempah oleh Afiz , design yg sama spt sbelom ni , atas permintaan afiz sendiri,,

oRange nyaaa


Rainbow Cake,, yg di tempah oleh Mieza( stm BPP )

my Baby u....



Sample baby theme cupcake utk regular customer,, cik Bell
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...